Saturday, December 31, 2011

Happy New Year !

Happy New Year ! Hoho, aku online sampai pukul 12.17 pagi je pon semalam .Ramai gila yang dok berebut nak tulis status Tahun Baru .sabaq sat cek norh ;D Aku pon tullis gak status tuh ,adik aku mai-2 terjah aku suruh tulis gak .


Minta maaf atas kekecilan karton .Mwehehe ;D

Amboi,yang tu pon hang pulon .Kalau hang pulon,aku pon nak pulon gak .
Okay,hari ni aku tergerak sikit camna nak ajar hampa beza loghat orang kedah. Negeri Kedah ini adalh negeri yang cantik,aman dan damai seperti penduduknya .Mwehehe *muka nak mintak penyepak

Okay.Kedah ada dua loghat.
-Hulu dan Hilir .

Hulu : Gena mu jadi gu tu ?
Hilir : Awat la Hang jadi lagu tu ?

You can see right ? Ayah aku hulu and mak aku hilir .Kecik-2 dulu aku speaking hulu sekarang aku speaking Hilir oleh kerana faktor hidup bersama orang hilir di asrama . Hulu ni macam kasaq sikit bahasa dia,Hilir ni macam seronok sikit aku dengar.So,anda speaking apa? Untuk pengetahuan hampa .Orang Kedah memang melawak kasar ,so do I am . So,tak payah la buat muka kerut serupa tak tau apa tu tanah .

Intihanya,Orang perempuan Kedah mahai .Hoho,aku la antaranya ,mwehehe ;D So,sapa nak kawin orang kedah,kerja molek-2 simpan duit banyak-2 kay ? 




-I want a new life and i deserve it-









1 comment:

muhd asraf said...

haha! 2 loghat noh! negeri lain ade??? HAHA