Monday, September 17, 2018

Hatyai Trip with Ohana!

Assalamualaikum dearest ya allah dah lama gila tak buat post untuk blog. I macam dah hilang interest dekat something yang ask me untuk menulis panjang. Basically my writing is all about talking expenses, travel post and yeah now i feel like wanna share with you guys about my PALAPES journey but it might be next post. If i still energized macam sekarang. So this trip full sponsored by my parents of course sebab under family trip lol. Alah macam kuman yang suka hinggap kat badan orang. Since UUM dekat gila dengan danok, it only takes 15 min nak masuk sempadan dekat bukit kayu hitam. So i dah pegi sebanyak 3 kali ke hatyai menghabiskan duit dan sisa sisa boring menghadap assignment. Apa salahnya reward ourselves dengan view shopping, view makanan terapung atas ayaq.

Btw family trip ni menggunakan tour guide yang bernama Amirul. Pakej 2 hari 1 malam, dia just amik sorang RM250 and untuk budak budak RM150. Kalau nak parking free boleh park kat UUM, muka kena konfiden sikit lalu kat pak guard. Park ja kat mana mana inasis. Kalau nak park kat Duty Free pun boleh cuma it cost you RM16 sehari. Dia boleh ja pickup kat mana mana, nak minta pickup kat baling pun boleh sebab dia orang Sungai Petani.


1. Municipal Park

Taman ni actually terletak dekat tengah tengah pekan hatyai, so first time pi sini and kalau nak naik cable car boleh naik atas bukit yang boleh tahan tinggi nak mampos. Sesiapa yang bawak manual sila lah bawak gear 1 atau 2 untuk mengelakkan berlakunya pecutan turun dan sentiasa istighfar dalam hati. View kat atas bukit memang cantik sebab boleh nampak view pekan hatyai dari atas.


Harga tiket cable car cost 200 baht per person, lebih kurang 20 ringgit la satu kepala. Sebenarnya tak worth pun naik sebab view tak segempak langkawi, dah la perjalanan pendek ja. View kat atas puncak pun ada tempat sembahyang. 












2. Floating Market

Okay floating market ni lebih kurang macam floating market bandung cuma bezanya dia guna wang kertas bukan token which is senang la kan. Kat atas tu ada la jual cederahati nak bawak balik kat makcik makcik kat kampung. Show off la sikit asyik membawang ja keja, harga kat situ mahal la jugak. Kalau nego pun boleh dapat kurang sikit. 

















3. Songkhla

Hah pi hatyai tak sah kalau tak pi pantai yang ada ikan duyung tu. Benda tu nampak biasa dimataku ini, tapi sebenarnya itu lah bukti anda semua pegi ke hatyai gitu. Mostly kat hatyai ni sesi menghabiskan duit kat makanan, so tak perlu risau entrance fee ka apa sebab mostly gambar semua kat tempat tempat yang natural.




















4. Chang Puak Camp

Tak ingat tempat ni kat area mana tapi entrance fee dia free rasanya cuma kalau nak ride atas gajah 500 baht kot tak silap. Boleh google ya. Tapi kita sebagai manusia yang berhemah sewajarnya jangan ride la kesian ke gajah tu. Setakat masuk melawat kawasan okay jerr.











5. I-city Danok

Sis agak terkejut bila tau ada i-city kat danok, weh dalam 3km macam tu ja dari sempadan bukit kayu hitam. Entrance fee of course free, dia ada sediakan train untuk orang yang malas jalan kaki. Tapi sis suggestkan jalan kaki la memula sampai, boleh amik gambar sepanjang nak sampai puncak. I-city ni tempat dia berbukit so agak penat la. 
































5. Hotel Of Course I Need To Share With You!!

















In case kepada sesiapa yang inginkan pakej ke krabi boleh la contact Amirul ni, RM350 per person 3D2N included transport, hotel and lunch dinner. Jangan lupa buat passport!!